Sejarah

pintu-masukSMK Gemas ditubuhkan pada awal tahun 1983. Pada awal penubuhnya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menegah Rendah Gemas. Kawasan yang seluas 16 ekar ini pada awalnya terdiri daripada 2 buah bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 bilik makmal sains.

Sebuah padang yang boleh memuatkan trek 400 meter disediakan untuk murid-murid beriadah. Pada tahun 1988 sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 4 buah bilik darjahtelah dibina. Ini diikuti pada tahun berikutnya dengan tambahan 4 buah bilik darjah lagi.

Pada tahun 1991, kerajaan telah memperuntukkan untuk pembinaan 12 bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. Pada tahun 2009, SMK Gemas kini mempunyai sebanyak 26 bilik darjah, 6 makmal sains, 6 bengkel kemahiran hidup, 2 bengkel ERT, sebuah dewan besar, dewan terbuka, sebuah makmal komputer, 2 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang tenis dan 1 gelanggang takraw.

Pada peringkat awal sekolah ini hanya mempunyai seramai 196 orang pelajar dan 8 orang tenaga pengajar. Kini, jumlah warga SMK Gemas ialah seramai 900 orang pelajar dan 65 orang tenaga pengajar.

Leave a Reply