Kejohanan Bola Tampar Peringkat MSSD

Pada 13&14 Februari 2012, SMK Gemas sekali lagi diberi amanah untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Kejohanan Bola Tampar peringkat MSSD. AJK guru dan pelajar telah dilantik bagi menguruskan segala keperluan ketika pertandingan. Kebanyakkan sekolah sekitar daerah Tampin telah menghantar wakil abgi setiap kategori. Tidak terkecuali bagi pihak tuan rumah. SMK Gemas telah menghantar pasukan L15, pasukan L18, pasukan P15 dan pasukan P18. Alhamdulillah, berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan dan jurulatih akhirnya SMK Gemas berjaya memperoleh Johan bagi semua kategori. Tahniah diucapkan!

Latihan pusat sedang dilaksanakan bermula 17,18 dan 19 Februari 2012 bagi membuat persediaan bagi Kejohanan Bola Tampar MSSNS pada 21&22 Februari 2012. Selamat berjuang kontinjen Tampin. Doa dan harapan dari warga SMK Gemas mengiringi kalian.

bola tampar